Monday, February 23, 2009

Saat mencemaskan




Separuh hari bersama daurah adik-adik..terasa bahagia dengan teletah mereka.
setelah semuanya selesai, lepas zohor kami pulang ke kampus..
Masa yang ada dimanfaatkan untuk berehat sementara menunggu Asar.
Baru 10 minit mata terlelap..tiba-tiba dikejutkan dengan panggilan telefon.
Mata memandang ke skrin ternyata nama Abah muncul..

Rupanya Mak yang call dari hospital..selepas bertanya khabar mak menceritak detik cemas
yang mungkin sukar untuk mak lupakan..

"Ya Allah Tykhah..risaunya mak, tadi Asyraf kejang satu badan, mata dah terbeliak terankat ke atas, mengelatar satu badan, kalut mak ngan abah carik misi, Doktor cuti pula hari ini (Sabtu), kelam kabut mak abah ngan misi carik ubat, telefon Doktor ..bekejar ke Farmasi. Ya Allah sesak nafas mak dibuatnya..setengah jam juga lah Asyraf kejang..sedih sangat tengok Asyraf"

"Kenape mak?"

"Ubat yang Doktor bagi tak sesuai ngan badan Asyraf.."
jauh di sudut sana, aku dapar rasakan getaran dari suara mak..

hati ini, menangis semahu-mahunya..
Bila melihat mak Abah sedih atau menangis..hati ini pasti kalah..

"Ya Allah kuatkan semangat Mak, Abah,Asyraf serta kami sekeluarga untuk menerima ujian dari Mu ini"

Teringat Fiman Allah

"Allah tidak akan membebani seseorang,
melainkan sesuai dengan kesanggupannya.."
(2 : 284)


Tapi disebalik ujian ini aku temukan sesuatu yang Indah..semoga Allah kuatkan hati kami dan tetapkan Iman kami di dalam jalan yang diredhaiNya..amin...

No comments: