Friday, February 20, 2009

Situasi Bahaya


Tersedar dari lena..terus lihat ke arah hp yang sentiasa berada di sebelah.lihat pada hp ada 3 panggilan tidak berjawab:
1) Asyraf
2) Cekom kecik
3) kak fisha

kenapa Asyraf telefon? jarang budak ni akan call kalau takda hal.Siapa Asyraf?he is my lil brother..
lantas jari ini menghubungi..

"Assalamualaikum Acap nape call kak Tykhah?

" Wa'laikumussalam..tak tau ker acap masuk hospital?
dah 2 hari dah..tak boleh nak bangun dah teruk rasanya"

"erk?..takde sape pun beritahu kak Tykhah?"

"mak ada kat sebelah acap ni..cakap ngan mak!"

(lantas telefon bertukar tangan)"
Assalamualaikum..nape mak tak beritahu Tykhah, Asyraf masuk wad?"
kalau tak boleh balik!"

"Wa'alaikumussalam..mak telupa sangat duk kalut fikirkan Asyraf je
lupa kat Tykhah.."
(perbualan berlangsung hinggalah Abah sampai)
*Asyraf menghidapi sejenis penyakit yang agak merbahaya berkaitan dengan telinga, bunyi macam simple tp agak complicated, coz banyak risiko terpaksa difikirkan sebelum menjalani pemedahan. kerana ianya boleh menyebabkan kecacatan mental kekal jika tersalah caturan. Mak & Abah sedang berbincang dengan Doktor apakah rawatan yang terbaik memamandangkan Asyaraf sedang menunggu keputusan SPM..

Doakan semoga Asyraf dapat sembuh dan kembali seperti biasa..Amin

2 comments:

azaHmaeL said...

sakit ape yeh?

milk and cookies said...

Oh. Sorry to hear that.
Harap dia dah ok.
Adik kita sakit scoliosis. Sakit tulang belakang bengkok. Tapi tak mengganggu apa-apa (selagi tak sampai 60 darjah)
Come to think of it, ada orang yang sengsara lebih dari dia.
Be tough sis!

<♥>