Monday, February 23, 2009

Saat mencemaskan




Separuh hari bersama daurah adik-adik..terasa bahagia dengan teletah mereka.
setelah semuanya selesai, lepas zohor kami pulang ke kampus..
Masa yang ada dimanfaatkan untuk berehat sementara menunggu Asar.
Baru 10 minit mata terlelap..tiba-tiba dikejutkan dengan panggilan telefon.
Mata memandang ke skrin ternyata nama Abah muncul..

Rupanya Mak yang call dari hospital..selepas bertanya khabar mak menceritak detik cemas
yang mungkin sukar untuk mak lupakan..

"Ya Allah Tykhah..risaunya mak, tadi Asyraf kejang satu badan, mata dah terbeliak terankat ke atas, mengelatar satu badan, kalut mak ngan abah carik misi, Doktor cuti pula hari ini (Sabtu), kelam kabut mak abah ngan misi carik ubat, telefon Doktor ..bekejar ke Farmasi. Ya Allah sesak nafas mak dibuatnya..setengah jam juga lah Asyraf kejang..sedih sangat tengok Asyraf"

"Kenape mak?"

"Ubat yang Doktor bagi tak sesuai ngan badan Asyraf.."
jauh di sudut sana, aku dapar rasakan getaran dari suara mak..

hati ini, menangis semahu-mahunya..
Bila melihat mak Abah sedih atau menangis..hati ini pasti kalah..

"Ya Allah kuatkan semangat Mak, Abah,Asyraf serta kami sekeluarga untuk menerima ujian dari Mu ini"

Teringat Fiman Allah

"Allah tidak akan membebani seseorang,
melainkan sesuai dengan kesanggupannya.."
(2 : 284)


Tapi disebalik ujian ini aku temukan sesuatu yang Indah..semoga Allah kuatkan hati kami dan tetapkan Iman kami di dalam jalan yang diredhaiNya..amin...

Friday, February 20, 2009

Situasi Bahaya


Tersedar dari lena..terus lihat ke arah hp yang sentiasa berada di sebelah.lihat pada hp ada 3 panggilan tidak berjawab:
1) Asyraf
2) Cekom kecik
3) kak fisha

kenapa Asyraf telefon? jarang budak ni akan call kalau takda hal.Siapa Asyraf?he is my lil brother..
lantas jari ini menghubungi..

"Assalamualaikum Acap nape call kak Tykhah?

" Wa'laikumussalam..tak tau ker acap masuk hospital?
dah 2 hari dah..tak boleh nak bangun dah teruk rasanya"

"erk?..takde sape pun beritahu kak Tykhah?"

"mak ada kat sebelah acap ni..cakap ngan mak!"

(lantas telefon bertukar tangan)"
Assalamualaikum..nape mak tak beritahu Tykhah, Asyraf masuk wad?"
kalau tak boleh balik!"

"Wa'alaikumussalam..mak telupa sangat duk kalut fikirkan Asyraf je
lupa kat Tykhah.."
(perbualan berlangsung hinggalah Abah sampai)
*Asyraf menghidapi sejenis penyakit yang agak merbahaya berkaitan dengan telinga, bunyi macam simple tp agak complicated, coz banyak risiko terpaksa difikirkan sebelum menjalani pemedahan. kerana ianya boleh menyebabkan kecacatan mental kekal jika tersalah caturan. Mak & Abah sedang berbincang dengan Doktor apakah rawatan yang terbaik memamandangkan Asyaraf sedang menunggu keputusan SPM..

Doakan semoga Asyraf dapat sembuh dan kembali seperti biasa..Amin

Thursday, February 19, 2009

S.I.T.U.A.S.I




Bila sebut pasal situasi..
boleh jadi ia situasi yang menyenangkan atau sebaliknya


bila ada sahabat yang mengalami masalah kita dengan mudah saja memberikan nasihat, pandangan, ulasan dan macam lagi.
tapi bila terkena kat batang hidung sendiri..rasa nak pitam pun ada..

betulke keputusan yang aku buat ni?

knapa bende ni terjadi padaku?

semuanya serabut...

situasi 1

saya diberi situasi untuk membuat pilihan?
nampak macam mudah tapi bila ia berkait dengan soal kehidupan ia jadi sangat sukar..

Situasi 2

Bilamana pilihan itu adalah soal kerjaya dan tanggungjawab..
ini adalah pilihan yang agak berat.kerna apa?
kalau kita tak tunaikan apa nak jawab depan Allah nanti?

Situasi 3

Apabila orang sekeliling menuduh kita itu dan ini
sehingga kita disingkirkan, tanpa pertemuan 2 mata.
ini yang membuatkan saya lebih marah!!
marah?
ya.. saya memang sangat marah bila ianya melibatkan
mereka yang kononnya memakai nama Agama..
Agama tak salah,Islam dah sempurna..tapi mereka atau kita yang melaksanakannya
tanpa menjaga hubungan sesama manusia..macamana?
sebagai langkah, sebelum membuat sesuatu keputusan akhirnya, SAYA harus berbalik
kepada Sunnah. Bagaimana?
ISTIKHARAH





Sunday, February 15, 2009

suatu cerita...


Dalam sebuah bas..

" nak kemana nak?" tanya seorang pakcik..saya kira dalam pertengahan 40an

" nak balik JB.."
"Pak cik?"
pertanyaanku disambut..

"sama la..pak cik nak ambil anak pakcik kat sek seni"
esok ada sain kontrak ngan RTM untuk drama baru, nak balik hari je..
sampai pukul 8 malam ni..pukul 9 acik balik KL balik.."

"tak penat ke Cik?..saya balik ni pun dah penat, inikan pulak pakcik semata-mata
ambil anak plak tu..huh.."

"nak buat mcm mana dah RTM nak ambik anak Pakcik berlakon..terpaksala.."

"Owh berlakon drama..entahla acik saya tak suka tengok drama kita..bukan apa
banyak bende tak baik dari baik..moralnye sikit, tp yg tak baik tu banyak bukan main..
macam mana kita nak maju Pak cik?"

"habis anak rase apa yang Pakcik buat ni salah ker?

"Pak Cik lebih makan garam dari saya, Pak cik tahu mana yang baik dan tak,
dan apa yang Pak cik nak untuk anak pak cik samada jadi artis atau anak solehah
Pak cik yang mencorakkan mereka tak gitu cik?"

p/s: perbualan berlansung sampaila pak cik ni masih nak tegakkan benang yang basah..
then saya ambil keputusan untuk berdiam diri dan tidur....

Ibu bapalah yang mencorakkan anak mereka..tp kenapa Cikgu masih dijadikan sasaran?
fikir-fikirkan...

Syukur dikuniakan Mak dan Abah yang memahami dan memberikan yang terbaik untuk
anaknya..Amin

Thursday, February 12, 2009

Mereka Syahid..Kita??


Allahuakbar..
Maha suci Allah atas segala nikmat pemberiannya..
melihat gambar dibawah membuatkan hati ini tertanya-yanya
apakah yang aku lakukan untuk sehingga ke hari ini untuk aku persembahkan di hadapan Allah nanti?

Teringat pada Mak Su Reem yang berada di Gaza atas misi kemanusian MERCY..


WAJAH SYUHADA' GHAZZAH


الموت في سبيل الله أسمى أمانينا


Bangga mendapat syahid yang diidamkan


Tiada yang Lebih Hebat dan Manis selain Syahid


Pergi Mendapatkan Janji Allah swt


Aku Mendapatkan Kekasihku ...oh TuhanKu


Tiada sinar dan Cahaya seindah Cahaya dan Sinar Syurga


sumber dari:http://ustaznasrudin-tantawi.blogspot.com/

Rimas

Rimas rasanya dengan isu politik sekarang,lepas satu isu hinggalah isu yang seterusnya
pembohongan yang berlebihan dalam media...sesak rasanya nafas ini.
tapi yang benar tetap akan menang hanya Allah yang akan menentukan bila dan bagaimana
ianya akan berlaku!



tapi ada sesatu yang tidak akan pernah rimas dengan kita..ALLAH

maka hanya Dia lah tempat kita memohon pertunjuk dan meminta pertolongan

" Ya Allah kepunyaan Mu segala pujian,
Engkaulah cahaya segala langit dan bumi
dan sesiapa yang terdapat di antaranya keduanya
kepunyaanMu segala pujian
Engkaulah Yang Maha Mengurus
segala langit dan bumi
dan sesiapa yang terdapat di antaranya
dan kepunyaanMu segala pujian dan
Enkaulah kebenaran
janjiMu benar
ucapan Mu benar
pertemuan denganMu benar
syurga itu benar
neraka itu benar
semua nabi benar
Nabi Muhammad benar
hari Kiamat benar
Ya Allah kepada Mu aku berserah diri
kepada Mu aku beriman
kepada Mu aku bertawakal
kepada Mu aku akn kembali
kerana Mu aku sanggup bermusuhan
kepada Mu aku berhakim
oleh sebab itu ampunilah semua dosaku
samada yang telah berlalu ataupun yang akan datang
samada aku lakukan secara sembunyi
ataupun yang aku lakukan secara terang-terangan
Enkaulah Tuhanku
tiada tuhan yang berhak disembah melainkan Engkau
tiada daya dan tiada kekuatan
melainkan taufiq Allah yang Maha Tinggi lagi Maha Agung"Align Center