Thursday, February 12, 2009

Rimas

Rimas rasanya dengan isu politik sekarang,lepas satu isu hinggalah isu yang seterusnya
pembohongan yang berlebihan dalam media...sesak rasanya nafas ini.
tapi yang benar tetap akan menang hanya Allah yang akan menentukan bila dan bagaimana
ianya akan berlaku!



tapi ada sesatu yang tidak akan pernah rimas dengan kita..ALLAH

maka hanya Dia lah tempat kita memohon pertunjuk dan meminta pertolongan

" Ya Allah kepunyaan Mu segala pujian,
Engkaulah cahaya segala langit dan bumi
dan sesiapa yang terdapat di antaranya keduanya
kepunyaanMu segala pujian
Engkaulah Yang Maha Mengurus
segala langit dan bumi
dan sesiapa yang terdapat di antaranya
dan kepunyaanMu segala pujian dan
Enkaulah kebenaran
janjiMu benar
ucapan Mu benar
pertemuan denganMu benar
syurga itu benar
neraka itu benar
semua nabi benar
Nabi Muhammad benar
hari Kiamat benar
Ya Allah kepada Mu aku berserah diri
kepada Mu aku beriman
kepada Mu aku bertawakal
kepada Mu aku akn kembali
kerana Mu aku sanggup bermusuhan
kepada Mu aku berhakim
oleh sebab itu ampunilah semua dosaku
samada yang telah berlalu ataupun yang akan datang
samada aku lakukan secara sembunyi
ataupun yang aku lakukan secara terang-terangan
Enkaulah Tuhanku
tiada tuhan yang berhak disembah melainkan Engkau
tiada daya dan tiada kekuatan
melainkan taufiq Allah yang Maha Tinggi lagi Maha Agung"Align Center

No comments: