Saturday, December 20, 2008

Pesanan

Sebelum mak dan Abah berangkat ke tanah suci, beberapa pesanan dititipkan buat kami semua,
mugkin kerisauan tidak seperti kali pertama dan kedua dahulu..
tapi kali ini..kerisauan lain yg mungkin bermulim di hati mak dan abah. kalau dahulu maksu dan opah yang menjaga kami, tapi kali ini.. kami yg terpaksa menjaga opah.

Kenape bukan opah yg menjaga kami?
masa pantas berputar.. kate orang kadangkala kita di atas dan kadangkala kite di bawah..
begitulah juga dalam kes ini. sekarang kami yang terpaksa menjaga opah kerana opah kini sudah tidak mampu untuk berjalan, maka kami yang terpaksa menguruskan opah. Dari bermula jam 6 pagi opah kami mandikan, sediakan pakaian solat, makan minum semuanya kami uruskan..kebanyakannya saya dan akak yang uruskan memandangkan opah yang sakit maka eloklah kami yg perempuan uruskan..

banyak plan telah ku atur untuk cuti ini..tapi semuanya harus ku tolak tepi memandangkan priority telah diberikan pada opah, mak selalu cakap jaga opah ni untung.. banyak pahala kita dapat tapi yang penting KESABARAN...huh inilah yg saya telah pelajari..mula2 dulu agak susah dikawal kesabaran ini..tapi lama kelamaan ianya menjadi rutin dan hilang semuanya malah rasa senang sekali dapat berbakti pada opah tersayang..teringat pada ayat Al-Quran dan hadith2 tentang kelebihan menjaga orang tua..sedikit sebnayak ianya merupakan penawar pada hati ini..

"Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain

Dia dan hendaklah kamu berbuat baik pada ibu bapamu sebaik-baiknya. Jika

salah seorang diantara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut
dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan 'ah'
dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia. Dan rendahkanlah dirimu terhadap mereka berdua dengan penuh kesayangan dan ucapkanlah ("Wahai Tuhanku kasihilah mereka keduanya sebagaimana mereka berdua telah mendidik aku sawaktu kecil")."
(Al-Israk: 23)


Mak dan abah pesan..
1) jaga opah elok2
2) apa aja kemahuannya tunaikan..
3) jangan kamu adik beradik bergaduh dan tinggikan suara depan opah

Alhamdulillah setakat ini opah masih lagi bertahan duduk dirumah kami..dan ini merupakan kali pertama opah duduk bermukim panjang di rumah kami..kalau sebelum ini mungkin hanya sekadar beberapa minggu atau sebulan tapi kali ini hampir 2 bulan sukar untuk kami percayai, tapi itulah realiti.

mungkinkah kami cucu terbaik opah? (masuk lif tekan sendiri bunyinye hee..)

Wednesday, December 17, 2008

Kenapa 3 kali??




Alhamdulillah..mak dan Abah selamat tiba di tanah Suci, ini kali ke-3 pemergian abah dan mak ke Tanah Suci, kenapa kali ke -3?? pernah juga saya tanyakan soalan ni pada mak, cemburu sangat kenapa dah 3 kali, kenapa tak bawak kami? sekurang2nye bawak kami pergi Umrah..jawapan mak dan abah, kalau nak pergi kene kumpul duit sendiri, kalau tak...kita tak kan appreciate kalau asyik disponsor..nikmatnye lebih terasa dan kamu akan lebih menghargai. so, mulai sekarang kumpul duit dalam tabung haji dan daftar sekali semua (kami 9 beradik) supaya dapat kerjakan haji sekali, mana tahu kalau ada rezeki? jawab mak.

tapi...
kenapa mesti 3 kali mak? 2 kali cukuplah...saya tanya lagi soalan yg sama (bunyi seperti tak puas hati)
yang kali pertama mak pergi mak jahil, walaupun dah mengikuti kursus tabung haji..
kali kedua mak buatkan haji untuk arwah tok Wan dan tok Pora..
tapi..kali ni mak nak buat ikut sunnah..mak dah belajar dan sekarang mak nak lakukan, kata mak tegas, betapa mudahnye Islam ini kalau kita tak lari dari Sunnah....

Abah..dah sedia ker? malam karang dah nak pergi..knapa sibuk lagi baca buku??
tanya ku pada Abah yg asyik menelaah buku "panduan Solat-Solat Sunat berdasarkan Sunnah Rasulullah S.A.W"
entah la dik..Abah rase macam nak ambil perikse pulak..harap Haji kali ni lebih sempurna dan mungkin ini yang terakhir, memandangkan umur Abah pun banyak (baru tersedar Abah dah nak masuk 62) lepas kene Chikunguya hari tu badan Abah dah tak macam dulu..bisanya masih terasa walaupun dah banyak berkurang..Alhamdulillah tak sangka dapat buat Haji tahun ni..

Aku juga bersyukur, kerana Abah dan mak berada pada senarai menunggu. 2 minggu sebelum tarikh berlepas baru dapat jawapan. Syukur...