Thursday, March 5, 2009

Hari-hari yang berlalu..


Sibuk kah aku?
hmm..aku masih mencari jawapan..

tapi hari2 yang berlalu memberi seribu pengertian beserta pengajaran..
hari-hari yang berlalu membuatkan aku lebih mengenali apa itu erti kehidupan
tak semuanya indah..
banyak cubaan dan terkadang fitnah menemani..


hari ini ketika dalam perjalanan ke Lab..
aku dapat satu message dari seseorang yang jauh dari pandangan mata
namun sangat dekat di hati//
kandungan message seolah2 mengerti keadaan diri ini..

" hidup ini adalah untuk bersyukur,,
bersyukur pada orang yang menyakiti..
kerana dialah orang yang menabahkan hati kamu,
pada orang yang tak mengindahkan kamu
kerana dialah yang memupuk berdikari.
pada yang menjatuhkan kamu,
kerana dia yang menghebatkan keupayaanmu,
pada yang mengujimu,
kerana dia yang memberi peluang mujahadahmu,
pada yang menyeksa kamu,
kerana dia yang menguji kesabaran kamu.
Bersyukur dengan segala ujianNya
Kerana itu tanda tarbiah dari yang Esa"
take care dear..

tanpa ku sedari..
pantas saja air mata ini berguguran..
menanti hari esok..

3 comments:

teacherpiqah said...

uhu..sye bru je lepas sakit hati ngan orang ni kTiqah...
=(
rse mcm terkena je ngan post ni...

Atykhah said...

biasalah piqa sume org merasakan perkara yang yang cuma bila dan dimana je menerima lain..semoga kita kuat dalam menerima tarbiyah dariNya

Selagi tak lelap mata,,keje keje keje.... said...

sye pun pernah kene mcm nie,tetapi bak kata perpatah"mulut tempayan mudah ditutup,mulut org susah hendak ditutup"ape yg penting kita kene tabah dan serah kepada ALLAH S.W.T ....biar org lain mengata,yg penting Cigu dpt hikmahNYA...