Thursday, March 19, 2009

Roti Canai Teh Tarik


Suatu pagi di sebuah kedai makan di Johor Bahru. Sambil pekena roti canai dan teh tarik, duduk 3 orang sahabat. Ana, Isma dan kak Sha. Ana menyatakan hasrat untuk ke Kelantan.

Ana : Saya nak ke Kelantan cuti ni, tapi member kita cakap kalau g sana mesti miss solat. Pakcik tak nak berhenti.

Kak Sha : itula, kalau soal solat ni diambil mudah, sebab tu jer kita dah tak solat, padahal solat tu wajib betul tak?

Ana & Isma : betul tu kak!

Kak Sha : tau tak sebenarnya Islam ni mudah je, kat mana2 pun kita boleh solat. Rasulullah dan sahabat pun time perang pun solat. tapi kita? dalam bus pun tak solat.

Ana :habis tu mcm mana kak? kita kene simpan wudjuk la eh?

Kak Sha : Ok, mcm ni la..apa pegangan kita?

Ana & Isma : Al-Quran dan sunnah la kak!
Kak Sha : Sunnah tu dari siapa?

Ana : Rasulullah!

Kak Sha : betul! tapi antara Rasulullah dgn Imam Syafie nak ikut sapa?

Isma: Rasulullah dan imam Syafie.

Kak Sha : siapa maksum? Rasulullah atau imam Syafie?

Ana : dua2 la kak

Kak Sha : Erk..awak fikir betul2 maksum tu apa?

Ana : owh ok..saya dah tau Rasulullah kak.

Kak Sha : selain mazhab Syafie..kita iktiraf 3 mazhab yang lain tak?

Isma : Iktiraf..tapi kita mazhab Syafie kak!

Kak Sha : ok, tp tadi awak ckp Imam Syafie tak maksum kan? boleh jadi tak berlaku kesilapan?

Ana : Boleh.

Kak Sha : betul, tapi sekarang yang maksum tu Rasulullah kan? kita iktiraf 4 imam kan? boleh jadi Imam Maliki jumpa hadith yg sanadnya jumpa pada Rasulullah, dan boleh jadi berlaku kesilapan pada Imam Syafie dimana hadith tu terdapat perawi yang tak boleh dipercayai. kalau timbul isu ni, siapa yang betul? nak ikut Imam Maliki atau Syafie?

Isma : Maliki (dengan yakin)

Ana : kita Syafie kak!

Kak Sha : kan tadi awak cakap imam Syafie tu tak maksum? dan ikut Rasulullah sebab kita ikut Al-Quran dan Sunnah dan bukannya Al-Quran dan Syafie?

Ana : kita Syafie kak!

Isma :(kebingungan)




p/s : Anda bagaimana? adakah seperti Ana atau Isma?

6 comments:

azaHmaeL said...

kesimpulan nyer? hehehe bengong lak tetibe

Atykhah said...

huhu..azah rase sape?be leh explain..

attuffahumairah said...

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani

Situasi yang diceritakan ni tak perlu guna mazhab Maliki, dalam mazhab Syafie pun ada penyelesaiannya. Belajalah feqah mazhab Syafie sedalam-dalamnya. Ada orang tak nak pegang mazhab-mazhab ni sebab ada hadis yang tak soheh nak pegang hadis soheh je. Senang cerita tak nak pengang mazahablah .Siape kita? Al-quran pun tak hafal, bahasa arab pandai ana, anta, anti je, terus tak nak ikut mazhab sedangkan ikut kaedah ilmunya orang yang tak nak pegang mazhab ni kena alim quran, bukan tahu baca sahaja, alim hadis, hafal hadis, bukanya nak tahu hadis soheh tak soheh nak buat hujah terkial-kial cari kat internet, cari kat cd hadis, lagi kena alim bahasa arab, ada lagi disiplin ilmu yang kena tahu, yang 3 ini pun kita dah tak lepas . Ada juga yang pegi belajar agama kat luar negara 2,3,4 balik dah tak nak ikut mazhab. Sempatke nak menguasai ilmu2 tu dalam masa 2,3 tahun? Ada jugak yang pandang remeh orang yang belajar kat pondok sedangkan kita tak pernah pun pegi belajar kat pondok, dengar orang kata belajar pondok ni tak hebatlah, tak banyak ilmulah, yang pegi belajar kat timur tengah je lah yang hebat-hebat,yang boleh diterima. Betul ke? Tak pasti jangan terus menghukum, ramai orang alim-alim bermula dari pondok2 kemudian sambung lagi ke luar negara. Kat Malaysia ni Pondoklah antare tempat yang terbaik belajar agama, tapi kena wat kajianlah pondok-pondok yang hendak dipilih. Kajilah lagi pendidikan di pondok. Kononnya lagi pendapat imam Syafie ini guna hadis yang periwayatnya lemah, betulke? atau kita hanya dengar sorang ustaz mengajar terus terima tanpa kajian sendiri. Kita orang yang tak alim ni kena banyak dengar kuliah agama. Jangan tumpu kepada seorang ustaz yang berpegang pada pendapat yang nak hadis soheh sahaja. Imam Nawawi, Imam Ghazali dan ramai lagi yang berpangkat imam, ulamak, orang alim berpegang pada mazhab, kita ni siapalah tak nak pegang mazhab. Namun..tak dinafikan ada jugak yang buat amalan tak ikut yang betul2 dalam hadis contohnya baca surah yasin secara khusus malam jumaat tak ada hadis tapi baca surah al-kahfi ada dalam hadis. Tapi janganlah kita ni cepat melatah kata bidaah sedangkan ada jugak hadis yang sebut baca alquran dapat pahala. Mungkin yang baca yasin malam jumaat memang diorang tahu tak ada hadis suruh baca surah yaasin malam jumaat, dioarang pun tak ittiqad bahawa baca yaasin malam jumaat sunnah nabi, tapi diaorang baca alquran.Kan surah Yaasin itu sebahagian al-quran. Adakah itu salah? Jangan cepat membidaahkan sesuatu perkara. Akhir zaman ni penuh fitnah. dibimbangi kita terlalu mempermudahkan agama apabila tak nak pengang mazhab. Waallahua'lam.

Atykhah said...
This comment has been removed by the author.
attuffahumairah said...

ni hanya pendapat bukan utk tikha je tp hamba yg lemah ni juge..yang baik datang dari Allah dan yg buruk dari Allah juga tapi bersandar pada kite yang lemah. harapannya ni hanya komen yg sihat.

Atykhah said...

astaghfirullah..
tkah berlindung dari perkataan yang memburukkan ulama...
kak leen..tkah tak katakan yang tikah tolak mazhab syafie..
siapalah tkah untuk mengatakan pada ulama yang hebat itu..dibandingkan dgn diri ini..terlalu jauh..

tak nak komen apa2..
yang penting Al-quran dan sunnah adalah [pegangan tkah dengan petunjuk salaf dan bukannya ckp2 org yg tiada nas dan dalil yang sahih dan hanya merujuk atau berguru pada interet..

belajarlah dengan mata hati bukalah fikiran dan bukannya taqlid buta..wallahua'lam